Hormon TIDAK STABIL punca DIET GAGAL!
Sebenarnya ada beratus hormon dalam badan. Tetapi yang paling penting ada 9 kesemuanya.
Hormon utama atau “master hormon” adalah HGH atau Human Growth Hormone. Pada asasnya ia menjurus kepada pembentukan otot dan juga melihat kepada soal “kebeliaan” atau “youthfulness” bagi setiap orang dan berperanan saling mengawal 8 hormon yang lain seperti:
- Melatonin – mengawal tidur
- Thyroid – fungsi badan, suhu badan dan “mood”
- DHEA – berat badan
- Insulin – mengawal gula
- Estrogen – mengawal badan dalam konteks pembentukan tulang, jantung dll
- Progesterone – kulit dan penghamilan
- Testosteron – kelelakian
- Androgen – kelelakian
Adakah Hormon Anda Stabil?
Setiap orang perlu mengimbangi kesemua ini untuk kesan kesihatan optima.
Kelenjar pituiri adalah tempat di mana HGH mengerakkan kerja-kerjanya dan makanan baginya adalah protin atau asid amino.
Bagi wanita pula, hormon paling penting adalah estrogen kerana ia menyelaras banyak perkara dalam hidup seorang wanita. Estrogen bergerak melalui salur darah wanita dan menyatu dan bersatu dalam sel yang memerlukan. Ianya cukup penting khusus dalam urusan metabolisma, fungsi tisu, kitaran haid, pembiakan, bagaimana tubuh wanita menggunakan makanan, tindakbalas terhadap kecemasan dan pemakanan itu sendiri.
Estrogen juga berperanan dalam mengawalselia pertumbuhan tulang dan kadar kolesterol dalam badan.
Kekurangan estrogen boleh menyebabkan pelbagai gejala, mendatangkan perasaan kurang selesa dan menjejas nikmat hidup. Memandangkan purata jangka hayat wanita kini adalah 75-80 tahun, wanita mungkin terus hidup selama 25 atau 40 tahun dalam keadaan kekurangan estrogen.
Wanita mungkin mengalami osteoporosis dan mendapat penyakit jantung dengan mudah kesan dari kekurangan estrogen.
Tahukah anda bahawa wanita seawal 30 tahun sudah mula mengalami pasang surut estrogen dan mula menurun apabila meningkat usia 40 tahun. Kajian juga menunjukkan ada wanita sebelum mencecah 30 tahun sudahpun mula menghadapi “krisis” estrogen.
Jadi persoalannya, bagaimana mengetahui samada tubuh badan seseorang itu mengalami kekurangan hormon?
ingin meminjam carta yang dibuat oleh seorang doktor di luarnegara. Anda hanya perlu isi carta tersebut dan lihat keputusan dan menilai markah yang anda capai. Berdasarkan kepada keputusan ujian anda, anda mungkin perlukan tambahan pemakanan untuk meningkatkan kadar hormon dalam badan anda.
Sila lihat pautan ini untuk mencuba. Ini juga sesuai bagi orang lelaki.
Jadi, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment